Masalah kereta Proton X70

Review kereta proton x70
Review kereta proton x70
Spread the love








Buat masa ni tidak ada lagi Masalah kereta Proton X70 yang dilaporkan oleh para pembeli proton x70 ini.
Oleh sebab itu admin tak nak ulas hal Masalah kereta Proton X70 ini dahulu.

Kita tunggu ada komplain dari pengguna Proton X70 baru admin nak ulas hal kelemahan X70 ini.  Kali ni kita cerita saja hal kehebatan Proton X70 ni  yer.

1. BERAPAKAH HARGA?

Ada empat varians, X70 dijual pada harga bermula RM99,800 – RM123,800. Lebih menarik, harga ini juga sama untuk jualan di Sabah dan Sarawak.

Standard 2WD – RM99,800
Eksekutif 2WD – RM109,800
Eksekutif AWD – RM115,800
Premium 2WD – RM123,800

Harga Proton X70

2. KENAPA MAHAL SANGAT?

Kami sejujurnya agak terkejut dengan pengumuman harga dibuat Proton, terutamanya untuk premium paling murah (Premium 2WD). Anggaran asal kami sepatutnya dalam lingkungan RM135,000.

Bayangkan pada harga RM123,800, anda boleh dapat variasi X70 paling lengkap.

Dan kami terkejut bila komen pembaca cakap harga macam ini mahal. Mungkin sebab namanya Proton.

Jadi, banyak anggap brand nasional tidak boleh jual mahal lebih RM100,000.

Jadi kami buat yang mungkin yang beri komen itu belum lagi melihat X70 depan mata, dan tidak tahu (atau tidak nak tahu) pada harga semasa untuk segmen SUV di Malaysia.

Memang betul kereta nasional patut berharga murah, tetapi mesti sesuai dengan ciri dan spesifikasi yang diberikan, termasuk harga pasaran sebenar negara ini.

Mahu harga murah, tetapi mahu kereta yang mempunyai 6 beg udara, spesifikasi penuh, jimat minyak, premium kabin dengan kerusi Nappa, ada bumbung panoramik, rim besar 19 inci, dual-zone udara penyaman udara, dan set infotainment dan banyak lagi.

3. BERAPA WARNA?

Terdapat 5 pilihan warna menarik untuk dipilih, iaitu:

Salji putih (putih)
Perisai Perak (perak) – kecuali Eksekutif AWD
Jet Grey (kelabu) – kecuali Standard 2WD
Cinnamon Brown (coklat) – kecuali Standard 2WD dan Eksekutif AWD
Flame Red (merah) – Premium 2WD sahaja

4. GUNA ENJIN APA? CAMPRO KE?

Kenalah maju ke depan bang oii … Proton X70 ini guna enjin 1.8TGDi @ Turbocharged Gasoline Direct Injection berkuasa 182hp @ 5,500rpm dan torap 285Nm @ 1,700-4,400rpm.

Kotak gear juga jenis 6-speed automatik, siap dengan manual mod dan boleh memilih untuk membeli variasi 2WD atau AWD.

Proton X70

5. LAMPU SEMUA LED KE?

Ya, semua varians ada ciri LED untuk lampu depan dan belakang KECUALI Standard 2WD (paling asas) daripada jenis halogen.

>>>Baca juga: Review kereta Persona

6. SEMUA ADA BUMBUNG PANORAMIK?

Hanya versi premium diberikan bumbung panoramik. Sebenarnya, kami tidak menganggap ciri itu sebagai satu keperluan, hanya kosmetik.

Ini kerana iklim negara kita yang konsisten panas dan hujan sepanjang tahun tidak sesuai untuk ciri seperti itu, sama juga macam lampu kabus belakang.

Ia lebih kepada kehendak dan merasa baik pembeli Malaysia yang suka kereta mereka dengan panoramik. Nampak mewah dan stailo katanya.

7. BERAPA KAPASITI TANGKI?
60 liter.

8. SIZE RIM DAN TAYAR BERAPA?
Standard 2WD – 225/65 R17
Eksekutif 2WD, dan AWD – 225/60 R18
Premium 2WD – 225/55 R19

9. JAMINAN BERAPA LAMA?

5 tahun tanpa had perbatuan.

10. BERAPA KERUSI?




Ada 5 kerusi.

11. BOLEH TAHAN LASAK KE?

Di China, model Boyue (X70) adalah model Geely paling laris, dan duduk dalam ranking 10 terbaik SUV di sana. Malah untuk X70 ni, Proton berani untuk waranti hingga 5 tahun tanpa had.

Maksudnya sepanjang 5 tahun selepas pembelian, bawalah X70 ni sejauh mana yang anda suka kerana kereta ada waranti.

Tak payah nak susah hati, asalkan kita ikut terma dan syarat agar waranti kekal sah. Ini standard yang semua pengeluar pun buat sama sama.

>>>Baca juga : Masalah kereta Aruz

12. ADAS TU APA BENDA? ADA BERAPA AIRBAG?

Ada 6 beg udara untuk semua varians!

ADAS adalah singkatan kepada Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan, iaitu teknologi bantuan pemandu termaju yang menggunakan 9 sensor dan 5 kamera untuk memberikan 7 tambahan keselamatan tambahan seperti berikut:

Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
Amaran Perlanggar Depan (FCW)
Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
Amaran Lencong (LDW)
Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS)
Sistem Amaran Buka Pintu (DOW)
Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)
Ciri ADAS ini hanya ada untuk variasi Premium 2WD X70.

TAGS

  • Masalah kereta Proton X70
    kehebatan proton x70
    proton x70 price malaysia
  • Masalah kereta Proton X70
    proton x70 harga malaysia
    harga proton x70
    proton x70 spesifikasi
    proton x70 interior
    proton x70 suv price malaysia
    proton x70 specification
    proton x70 engine
  • Pandulaju

Have your say!

2 0

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Lost Password

Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.